And be patient for the sake of your Lord 74:3

Tuesday, May 5, 2009

kepada mereka yang mencari..

kepada mereka yang mencari...
adakah engkau sudah jemu dengan cara hidupmu?
apa yang engkau kehendaki dari hidup ini?
mungkin aku dapat membantu..


hidup yang engkau mahukan penuh dengan hiburan
bagaikan anak kecil yang teruja dengan permainan
sungguh rendah pandangan orang yang melihatmu
bergelumang dengan perkara tidak berguna sebegitu

memang indah rasanya
bila hati sentiasa bergembira
apabila hatimu ingin kekal begitu
memang menjadi rancangan musuhmu
untuk membutakan mata hatimu dengan penipuan

adakah engkau mahu berfoya2 dengan dunia yang sementara ini?
atau engkau mahu hidup bahagia di syurga di akhirat nanti?
semuanya bergantung kepada pilihanmu sendiri..
yang mana satu ingin kau tujui

marilah aku tunjukkan sesuatu yang indah dan abadi
sesuatu yang aku sendiri tidak reti mahu mengungkapkannya dengan kata-kata
sesuatu yang sangat hebat,engkau tidak akan rasa menyesal apabila mengikuti
sesuatu yang hanya Sang Pencipta mampu beri pada hambanya

syurga adalah yang ku maksudkan tadi
penuh dengan kenikmatan yang tidak pernah pupus
hanya untuk hamba Tuhan yang disayangi
dan untuk hamba Tuhan yang mengikuti jalanNya yang lurus

engkau dan aku hanyalah hamba
hamba yang serba kurang, serba nestapa
tanpaNYA kita hanyalah lumpur yang hina
tapi DIA yang mengangkat kita untuk menjaga dunia

bagaimana untuk menjaga dunia yang serba kacau?
kembali kepada Islam lah jawapannya
engkau harus berkerja keras
untuk mengajak seluruh ummat
agar kita semua selamat

jangan kau takut dengan tugasmu
memang ia berat tapi kita harus jalankan
jangan lupa ada musuhmu
mahukah engkau tahu siapakah gerangan?

syaitan dan iblis adalah pihak lawan
sangat licik dengan pelbagai rancangan
sudah lama dia berpengalaman
jadi janganlah engkau tewas dengan bisikan

ada lagi tugas untukmu
beribadah kepada Tuhan yang Satu
setiap waktu kau harus kembali kepadaNya
agar engkau tidak terlupa

kalau engkau terlalai dan alpa
tentang tugas yang diberi kepadamu
ingatlah kembali kita kehabisan masa
kerana mungkin esok ajalmu

adakah kau tidak mahu menerima?
Tetapi ini memang benar jawapannya
Hidupmu sepatutnya 100% kepadaNya
Engkau masih mahu mengelak darinya?

Wahai temanku yang ku sayangi
Janganlah engkau jauh melarikan diri
Sesungguhnya ini adalah hakikat yang diberi
Agar engkau selamat ketika disoal nanti

Marilah temanku berjuang bersamaku
Kami sentiasa ada untuk menerimamu
Tapi harus juga kau ingat
Qiyamat tidak menunggu orang atau tempat

Sudahkah kau temui apa yang kau cari?
Aku harap kau tersedar dari tidur yang lena
Bangkitlah bersama-sama ku dalam perjuangan hebat ini
Tetapi jika engkau tidak masih mahu menerima,apakan daya
Hatimu bukan aku yang punya,tetapi milik Tuhan yang Esa

*puisi(boleh dikaterkan pantun+syair+lirik lagu+sajak..ape2 jek) untuk sesiapa yang berkenaan..
may u get sumthing from my heart's ramblings.
diri ini bukanlah hebat..hanya ingin memberi sesuatu.salah dan silap,sila maafkan


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"
[16:125]

the mok cik/batavia/gelong baru dalam/12 jamadil awal 1430H